-2008 merupakan tahun terakhir untuk aku menjadi sebahagian dari 'keluarga' 20an. Sebenarnya aku masih belum bersedia. Malah belum mahu melepaskan no 2 itu. Hadirnya angka 3 bakal menyaksikan kedatangan aku didalam 'keluarga' baru dan bakal memegang status wanita.
...
-Cerita aku bukan mengenai hari-hari terakhir dalam keluarga 20an. Cerita aku berkisarkan kisah lelaki yang berbeza kesedihan dan berbeza kehidupan. Bukan wanita sahaja layak merasai titisan airmata hatta kesakitan dan kepedihan. Lelaki juga bagiku juga layak berdasarkan situasi kepayahan yang tidak terjangka.
...
-Dia seorang anak laki-laki yang lahir sihat cukup sifatnya. Dia seorang bapa yang menantikan kedatangan cahayamata dan juga seorang suami. Tidak lupa seorang sahabat, teman dan kenalan kepada manusia lain. Sesungguhnya tidak terlintas akan kewarasan akal fikiran aku bahawa lelaki yang cukup sifat ketika kelahirannya akan pergi dalam keadaan yang amat menyayat hati. Mungkin kesayuan aku tidak setanding sahabat atau temannya yang melihat tubuh lelaki itu yang digambarkan tidak dikenali oleh manusia-manusia yang mengenalinya sebelum ini. Betapa zalim dan binatangnya manusia yang menjadi tuhan kepada manusia lain? Sudah tidak adakah nilai-nilai kemanusian dalam diri mereka? Mana hilangnya kewarasan dan kasih sayang sesama manusia?
...
-Kesedihan aku tidak sama dengan malam seorang lelaki yang melihat tubuh yang telah terbujur kaku. Tidak tergambar oleh akalku akan perasaan lelaki itu pabila melihat tubuh sahabatnya itu.
...
-Aku berfikir. betapa murahnya harga nyawa. tidak bernilai pabila kewarasan otak sudah dikuasai sifat-sifat kebinatangan.
Sunday, October 19, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)
