2009
*AL-FATIHAH*
Current mood: nostalgic. numb.
Category: Family. Friend. Death.
-Waktu hampir subuh, ketika didalam kereta berbual dengan seorang teman dihadapan rumahnya, aku dapat satu sms dari sepupuku, Yani.
Ayoh dok sedor. Masuk icu.-Ringkas dan cukup buat aku terganggu. Terus sahaja aku menalifon papa, yang jelas masih tidur. Aku katakan yang Ayah Da masuk icu dan tidak sedarkan diri.
-Aku dapat sms kedua pada jam 09.11 pagi dengan ayat "Ayoh da tak dok doh" Terus saja aku menalifon sepupuku. Dia menangis dan katanya dia tidak sempat balik ke dungun untuk disisi ayahnya ketika dihospital. Dari kota bahru, dia dan suami serta anak-anak bergegas pulang ke dungun. Ini kali kedua sepupuku menangis kerana kematian.
-Ayah Da, bapa angkat kepada sepupuku, yani, berkerja sebagai pengawal keselamatan di dungun. Kata ibu saudaraku, dia kelihatan letih dan tidak sihat. Ketika menunggu pengawal keselamatan yang lewat masuk mengantikan tugas pagi, bapa saudaraku itu sudah begitu teruk keadaan kesihatannya. Ketika arwah ditemui di meja bertugas oleh anak lelakinya, dia sedang menundukkan kepala dimeja dengan keadaan wajah pucat dan menggigil. Arwah meninggalkan seorang balu, anak dan beberapa orang cucu.
---
-Ketika aku sedang menunggu makanan sampai ke meja, aku sedang berbual dengan ben dan man. Waktu itu aku masih lagi berkerja di central market. Tahun 2008. Aku tiba-tiba dapat sms dari sepupuku,Yani, menyatakan abang sepupu kami meninggal dunia akibat satu kemalangan jalan raya di terengganu. Aku menangis disitu juga.
-Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku yang terselamat kepada mama: Ketika kejadian, Abang Mat yang memandu van membawa ibu saudaraku (isteri Arwah Ayah Da) kerumahnya, untuk melihat isteri Abang Mat yang baru melahirkan anak. Ketika perjalanan kerumahnya, sebuah lori sampah tiba-tiba terbabas dan memasuki laluan bertentangan. Dan saat itu, Abang Mat berkata kepada ibu saudaraku,
"mok eh, dok dang doh" Dan berlakulah pelanggaran dengan bunyi besi bertembung besi. Abang Mat dengan tangan yang masih memegang stereng van sudah parah dan ibu saudaraku, berkali-kali menyuruh Abang Mat supaya bangun pula terkulai disebelah dengan pintu van yang terbuka. Ibu saudaraku memegang tangan Abang Mat dan menyuruhnya mengucap. Sejurus selepas itu, Abang Mat menghembuskan nafasnya ditempat kejadian dengan badan dari paras pinggang kebawah tersepit. Keadaan badannya tak payah digambarkan. Ibu saudaraku sempat melihat arwah Abang mat yang masih ditempat duduk pemandu dengan tangan tidak lepas dari stereng sebelum ibu saudaraku pengsan dengan tangan patah dibawa ke hospital.
-Abang Mat tidak sempat membawa ibu saudaraku yang sudah dianggap ibu kandungnya untuk melihat anak yang baru lahir kedunia. Tetapi Abang Mat meninggal dengan niatnya tertunai. Arwah pernah berkata kepada ibu saudaraku yang lain bahawa dia mahu mati sebelah mok (ibu saudara yang turut terbabit dalam kemalangan ngeri itu) Abang Mat meninggal disebelahnya.
-Aku tidak pulang ke Dungun untuk melihat arwah. Tetapi adik lelakiku sempat mengambil tiga gambar arwah yang sudah dikafankan. Aku menangis melihat gambar didalam talifon bimbit adikku.
---
-Aku dan teman lelaki sedang makan di shah alam pada satu pagi. Sambil membelek surat khabar, aku terpandang satu berita dengan tajuk (lebih kurang) 'Tiga mati rentung, mengelak kucing'
-Aku berkata kepada teman lelaki, hanya kerana mahu mengelak kucing dan bercerita tentang kenangan kanak-kanak ketika menetap di pekan, pahang. Papa melanggar seekor kerbau. Nasib memandu kereta volvo jadi hanya kemek sedikit dibonet. Cuba bayangkan jika zaman itu ada kereta kancil. Seperti keretaku. Kata papa, kerbau itu terbongkang.
-Terbaca pula status seorang teman di facebook. Terkejut bila mengetahui bahawa salah seorang yang rentung itu temanku. Aku menghubungi seorang teman rapat kepada arwah. Berbalas sms. Masih dalam keadaan yang terkejut.
-Arwah meninggalkan seorang anak perempuan dan janji yang tidak sempat aku tunaikan semasa hayatnya. Dan janji antara aku dan arwah akan aku tunaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil itu.
---
-Semoga arwah Ayah Da, arwah Abang Mat dan arwah Dayana ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.