Category: past.
*AZWA*
-Kenangan ketika bersekolah di Sekolah Rendah Lembah Keramat adalah diantara kenangan yang paling best sekali. Selain handal bermain lompat getah, disini aku kali pertama mengenali apa itu Puppy love. Lebih sedap sikit dari bunyi cinta monyet. Hmm. Dia adalah pengawas sekolah. Tua dua tahun dari aku. Putih kulitnya dan comel. Namanya ada Syed. Tapi sekejap je aku minat. Pasal masuk darjah empat, aku sudah pindah sekolah lain.
*SOFI*
-Masa belajar di Sekolah Perempuan Jalan Ampang, aku paling suka duduk ditepi tingkap tiap kali kelas bahasa inggeris. Angkat buku tinggi hingga paras muka. Coverline tengok pelajar-pelajar sekolah lelaki pulang sekolah. Selalunya aku akan nampak Sofi dengan basikal bmx kaler silver. Memang style habis bila bawa basikal. Alasan lain sebab dia putih.
*JOJO*
-Dia boleh tahan jiwang. First aku jumpa masa hari keluarga diSekolah Rendah Datuk Keramat. Itupun ada kawan yang ajak. Mulanya malas pergi tapi kawan aku kata ada makan yang sedap-sedap. Tapi bila aku sampai tengok-tengok yang ada cuma sebuah khemah request lagu dan beberapa budak-budak. Dah habis rupanya. Time kami duduk bawah pokok, tiba-tiba ada orang request lagu Fiona untuk aku. Terkejut dan bangga kejap. Geng perempuan lain of cos la jeles. Nama dia Jojo. Pemain bola diSekolah Menengah Lelaki Jalan Ampang. Aku sempat couple dengan dia seminggu je. Itu pun selepas date pertama di plaza ampang, dia bukan datang seorang. Tapi bawa team bolanya sekali. *PIAN*
-Selepas seminggu aku bertukar ke Sekolah Menengah Sulaiman Bentong, aku sudah ada boyfriend. Salah seorang pelajar popular disekolah. Selain hensem, dia aktif sukan. Dengar cerita dia playboy. Tapi aku peduli apa. So bila couple dia rajin temankan aku balik sampai ke rumah. Mama cukup suka pian. Baik budaknya. So, tiap kali aku nak pergi dating dengan pian, mama akan hantar . Biasanya kami dating di kfc je. Bentong, biasalah. Apa yang ada kat sini. So aku pulang dengan happy sebab kenyang. Aku break dengan dia sebab aku boring..
*ACA*
-Dia debab, comel gila dan lelaki kesukaan aku. Pakai cermin mata old school berbingkai hitam. Suka pasal dia main skateboard. Masa tu, trend budak main skate. So kat bentong, sapa-sapa lepak dengan budak skate, macam cool je.
-Kadang-kadang adik perempuan aca akan bawa basikal dan aku membonceng dibelakang, menuju tempat aca dan teman-temannya main skateboard. Suatu hari dia hadiahkan aku selendang merah. Kami tak pernah couple walaupun agak rapat. Disebabkan bentong Bandar kecil, jadi family dia dan family aku kenal masing-masing.
-Selalunya aku singgah beli kuih kacang di kedai milik keluarga Aca. Memang sedap! Dia pernah juga bagikan aku topi yang dikaitnya sendiri. Masa aku belajar di akademi seni, kemana-mana aku bawa topi tu. Tapi sayang, topi tu dicuri orang. Ralat sungguh bila tak sempat simpan lama.
-Aku masih ingat sebelum Aca berkahwin dengan pilihannya. Bapa Aca pernah tanya aku, bila nak kawin dengan anaknya. Aca cakap, aku ni high taste. Kat bentong teman-teman panggil aku datin. Jadi bila aku selalu kerumah Aca, ibunya akan jerit,
“dikca, datin datang ni”
Terlalu banyak kenangan aku dengan Aca. Aku sayang dia pasal kami tak pernah bergaduh. Selain suka buli aku, buat aku ketawa, dia akan selalu jaga aku bila kami keluar.
-Anyway, Aca pernah kurus. HENSEM!

No comments:
Post a Comment