-Semalam aku dengan pengharapan agar dapat jadi seperti ana. Nyata ianya hanya dalam angan-angan sahaja. Aku bangun dengan perasaan yang sama. Sah, aku tetap manusia. Bukan robot.
---
-Selesai mandi. Rasa lebih segar. Waktu ini aku bersyukur kerana masih lagi menjadi manusia. Boleh rasa nikmat air sejuk yang membasahi seluruh tubuh. Lega! Separuh kekusutan hilang bersama kekotoran dibadan. Separuh lagi mungkin akan hilang bila aku selesai menuntut hak aku ditempat kerja lama sebentar lagi. Kerja macam nak mampus, tapi satu sen tak merasa. Maaf, aku cukup serik berkerja ditempat sebangsa dengan aku. Tapi masih bernasib baik ada lagi manusia yang prihatin. Terima Kasih Encik Rosli.
---
-Sementara masih segar dan masih belum tutup waktu pejabat, baik aku bersiap. Jika dapat cash hari ini, aku sudah fikir-fikir tadi ketika mandi, mahu bagi papa sedikit duit belanja. Dan belikan hadiah untuk kedua anak buahku. Selebihnya mahu ajak teman lelaki menonton wayang atau bersiar-siar dipusat membeli belah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment